Wednesday, July 9, 2014

Cintaku


Dia merangkul lembut...
Perit luka berbalut..
Dia memeluk erat...
Sakit kan terubat...
Setiap belaian hilang sejuta lelah...
Jerih tak ternampakkan..
Senyum terlihatkan...
Senjata doanya melindungi..
Anak yang alpa dengan duniawi...

Aku lupa pada cintanya...
Aku lupa pada sayangnya...
Aku tiada apa tanpa mereka...
Aku mengejar sesuatu yang tak pasti...
kerana ada mereka sentiasa menanti...

Sayang tak diperlukan...
selagi sayang mereka ada...
Cinta tak terhauskan...
selagi cinta mereka ada...

Belati dirodok kejam ke leher...
Caci fitnah bertaburan melata...
Gentar tiada berdepan sejuta tentera...
Takut ditepis berdepan bala..

Kerana ada mereka berdua...
Kerana ada mereka berdua...
Kerana ada mereka berdua...
Dan ada yg Maha Esa dibelakang mereka...
Find Your Own Kirameki,
Violet Rose.

Sang Naga

Disogok kami...
Digula-gulakan dengan janji...
Jiwanya... Bisa siongnya meloyakan...
Busuk mematikan...

Apa yang dikehendakkan...
Apa yang dimahukan...
Tiada terlepaskan dari cengkaman bisa kukunya...

Amarah hanya ditelan sendiri dek peraih keringat...
Si naga bura itu hanya ketawa terbang...
Menyebarkan sayap bangganya..
Membuncitkan hawa nafsunya...

Tangis dan peluh pembanting keringat...
Hanya jadi basuhan tangannya sahaja...
Darah si pemerah tenaga...
Hanya basuhan mulut bisanya sahaja...

Cela Si Naga Bura...
Masih dituruti katanya...
Kerana takut dek kuasa dan tajam kukunya...

 Find Your Own Kireameki,
Violet Rose.

Puisi... Apa itu Puisi?

apa itu puisi?

Banyak daripada puisi Melayu tergolong dalam genre tradisional yang muncul dalam zaman sebelum berkembangnya tradisi tulisan pencetakan. Puisi dalam Bahasa Melayu larut dalam jiwa masyarakat Melayu tidak hanya sebagai satu hasil kesenian, tetapi juga mengjangkau alam mistik, berperanan sebagai wadah pemeliharaan adat, pembinaan sahsiah, pengajaran agama, pengajaran ilmu pengasih, pertahanan, hiburan, dan kepercayaan.

Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar sejarah mula perkembangan puisi Melayu tradisional. Berdasarkan kajian oleh ramai sarjana, dapat dikatakan perkembangan puisi Melayu tradisional telah bermula secara bersama dan sezaman dengan perkembangan prosa Melayu tradisional. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran banyak genre puisi tradisional dalam karya hikayat dan cerita-cerita rakyat.

ok... itu aku petik dari Puisi Melayu - Wikipedia. Minat aku berpuisi lebih kpd syok sendiri bak kate generasi Y sekarang ni.. untuk menyedapkan kata dan hati sendiri boleh dikatakan puisi yang aku suka karangkan adalah puisi kontemporari... (bukan main lagi nak guna perkataan kontemporari tu.. hahaha)
puisi aku puisi mudah... generasi Y sekarang pon boleh faham kata perlian aku... sangatlah tidak layak untuk dibandingkan dengan puisi-puisi karangan Fynn Jamal jauh sekali lagenda kita A.Samad Said...

makna perkataan, makna ayat dan seni yang cuba aku tulis tak terikat pada hukum-hukum bahasa melayu.. bahasa melayu ada hukum ke? deyyy nak masuk tandas awam pon ade hukum (peraturan) la...

Cuma aku tak dapat la nak terangkan satu persatu hukum bahasa melayu.. bagaimana tatabahasanya, liuk lentok seninya.. cuma aku boleh kongsi disini sebahagian daripada contoh Pedoman Bahasa... Pedoman... Nampak tak bahawa Bahasa Melayu tu sememangnya indah? Kita boleh gunakan PEDOMAN untuk gantikan PANDUAN yang sering kita gunakan... Kalau anda semua jenis mata tajam macam helang anda akan nampak ayat-ayat aku sendiri ada kesalahan... contoh paling mudah setiap hujung ayat aku letakkan tiga titik... hahaha... habit "chating"...

http://www.dbp.gov.my/

Find Your Own Kirameki,
Violet Rose.

Monday, July 7, 2014

Hati

kecewakah kau wahai hati?
tidak...
marahkah kau wahai hati?
tidak...
menyesalkah kau wahai hati?
langsung tidak...
bencikah kau wahai hati?
jauh sekali...

sekiranya ego tiada di dalam mu wahai hati,
apakah jawapanmu tetap sama?

jawapanku diiringi rengit jiwa...
ya aku kecewa...
ya aku marah...
ya aku menyesal..
dan ya aku benci...

Find Your Own Kirameki,
Violet Rose.

Sungai itu...

kedatanganmu mengajar aku...
berselindung dengan perasaan sendiri..
semakin ku cuba fahami...
semakin aku hanyut dibuai mimpi...
gelap malam memedihkan...
terang siang tidak menyenangkan...
baru aku fahami erti sakit mencintai...
sesepi malam menyedarkan aku...
alam hanya pandai mematikan diri..
bijak menyepikan diri..
menyusur aku anak sungai keperitan...
bagai menongkah arus penderitaan..
mataku terpejam menanti tenang bertandang..
ligat putaran bayangan semalam...
mencengkam kejam sakit di hati...


Find Your Own Kirameki,
Violet Rose.

Saturday, July 5, 2014

Air itu pelangiku...

Ketika itu cerah langitku...
Terbit pelangi selepas hariku hujan..
Indah...seindah perasaanku waktu itu...

Udara ku hela manis rasanya...

Hanya seketika... cuma seketika...
Malam itu hariku ribut...
Membawa ke pagi...
Sakit aku menjerit..
Perit aku menangis...

Kini langitku itu cerah kembali..
Tanpa ada pelangi...
Walau kosong langitku...aku tenang...
Tenang dalam kerinduan..

Rinduku pada pelangi...
seperti aku menggenggam air..
tanganku basah namun tiada apa digenggaman...

Air itu pelangiku kini...


Find Your Own Kirameki,
Violet Rose

Sunday, June 8, 2014

What I know vs. What I feel


i'm writing again... tonight... but this time with a different feeling... with a different thought...
can i call it love while he is so far away from me... the distance is so far for such a long time and how can we say it love? is it because of the loyalty?

i do feel missing him...
i do feel the jealousy.. how lucky that girl to be so close to him...
why my heart so stubborn in term of "just let him go" or "enjoy your life"...
trust me the loyalty in my vein stop me from betray my feelings for him..
i can still wait for him..

i can do this... trust me.. i can... i can do this for all these years why not now??
love? feelings? don't take it for granted.. don't take it so lightly...
loyalty is in my blood.. i keep on doing it all these years and i can do this for a couple of years or more...
its always there for him.. always there...
nothing can ease my heart but his smile even though its not for me...

like i said before... love...heart...and feelings... don't take it for granted...
it might turn a hundred battle ship into a dust...
my resolve is simple... i still want to wait... still do... even though the answer is clear not for me...

Find Your Own Kirameki,
Violet Rose

Friday, May 16, 2014

Bukan aku...

Tersenyum lagi aku hari ini.. bercampur baur rasa... senyum kepedihan.. senyum kepuasan.. ada juga senyum kepiluan dan kelegaan.. mencurah-curah idea untuk aku menulis namun tak satu pun mampu aku karangkan. menaip... padam.. menaip... padam.. mengangguk kemudian menggeleng.. mengapa sekarang aku terlalu berhati-hati dengan penulisan? takut pada kata orang? takut pada perasaan orang? atau takut pada perasaan sendiri? walau perlahan tapi aku masih lagi berlari.. walau sakit ini masih lagi membalut rengit hati...

aku digenggam.. kemudian dilepaskan.. digenggam lagi.. dilepaskan lagi.. tak mengapa aku faham dan sangat mengerti.. kini giliran aku untuk melepas genggam.. lepas bebaslah wahai layang-layang.. putus tali mu hilanglah dari mataku... tali mu bukan lagi digenggamanku.. dia pemiliknya kini.. lebih mulus membelai tali mu.. bukan aku..

Find Your Own Kirameki,
Violet Rose

Mimpi Semalam



Semalam ada dia disitu. Namun mimpi semalam bukan lagi untuk ditayangkan hari ini. Dewasa aku untuk memahami situasi yang jarang sekali aku hadapi. Berminggu juga aku hadamkan kelatnya realiti. Pada sangkaan khayalan aku sudah dewasa tapi realiti yang aku anggap karut rupanya lebih benar. Lebih benar aku masih kurang asam garamnya. Masih kurang matangnya. Terlalu luas lagi ruang untuk aku menangis. Terlalu sayup lagi mimpi itu untuk aku kecapi. Jangan dikesalkan dengan kerinduan itu sebab faham benar aku rindu itu bukan untuk aku. Aku masih disini menunggu walau aku tahu ruang untuk aku melukut ditepian gantangmu itu sangat sempit. Aku terlalu tamak. Angan-angan mat jenin ku untuk memiliki yang tak sepatutnya aku miliki semakin mendesak akal aku untuk merendahkan egoku yang selama ini tinggi ku julang. Lambat laun aku akan berlari juga selaju langkahmu. Maaf, mungkin lebih laju darimu.


Find Your Own Kirameki,
Violet Rose

Thursday, February 13, 2014

memori... dulu... hari itu... hari ini... dan esok...

dulu... kita jauh...
dulu... kita berselisih bahu...
dulu... kita..........

hari itu... kita dekat..
hari itu... kita bersama...
hari itu... kita tertawa...
hari itu... kita..........

hari ini... kita seperti dulu.... kita jauh...
hari ini... kita seperti dulu... kita berselisih bahu... kembali...
hari ini... kita tidak seperti hari itu... dekat tapi kita jauh...
hari ini... kita tidak seperti hari itu... kita tak lagi bersama...
hari ini... kita tidak seperti hari itu... tidak lagi kita tertawa...

esok... mungkin masih ada kita...
esok... mungkin kita telah tiada...
esok... walau kita masih ada tapi tidak bersama... memori itu tetap ada...




Find your own Kirameki,
Violet Rose.

Cinta Dongeng

terasa angin memikul beban...
demi cinta digelora badai...
derita perpisahan ini...
bayangnya dilihat meniti dendam...
diri menunggu sisa yang menanti...
sakit perjalanan ini...
hati tertusuk sepi...
haruskah aku menderita begini?
haruskah aku meniti usia sendiri?
menunggu tanpa pasti...
bersama bintang kian menyepi...
cinta terusir pergi...
hanyalah cinta dongengan ilusi...
ketika mataku pejam... kau disitu..
ketika mataku buka... kau ku rindu..
Find your own Kirameki,
Violet Rose.

Luka

sebelum mata ini terpejam rapat
ingin sekali ku katakan padanya
rasa yang menggunung hiba
berpakaian serba putih terbaring di padang hijau yang meluas
mencari nikmat alam dengan merenung jauh ke dada langit
langit yang memutih
seindah lorekan pelangi membelah ketenangan awan
namun mendung petang menepis hebat
terpegun aku melihat itu
kaki lemah tidak berdaya
menghadap tangis sang jiwa
debunga benci mengaburi kuntuman cinta
membenih rengat hati luka kecewa

Find your own Kirameki,
Violet Rose.

Wednesday, February 12, 2014

Lovely Lundu Hometown (throwback 01/06/2011)

Hampir tiga tahun aku tak balik sana.. Kali terakhir aku nikik bilon (naik kapal terbang) nak pulai (pulang/balik) ke kampung Lundu, Sarawak masa sambut Perayaan Gawai tahun 2011. Aku ni name je ade mix blood Iban tapi cakap Iban sepatah dua pun terkial-kial.. Walaupun dah selalu travel ke sana ke mari naik flight tapi rase excited tu tak pernah hilang.. Every time I'm at the airport, by default I will be like a kid.. word 'excited' will be shown all over my face..

Ramai yang tak tahu kewujudan daerah Lundu di Sarawak.. Penerbangan dari Kuala Lumpur (KLIA/LCCT) ke Kuching mengambil masa cuma 1 jam 30 minit..
Manakala masa perjalanan dari bandar Kuching ke Lundu cuma 1 jam 15 minit...
Dalam peta Sarawak, daerah Lundu letaknya di kawasan selatan.. kalau bahasa orang-orang tua 'kat ekor peta'...


Turun je dr kapal terbang, benda pertama aku buat snap gambar ayah.. hahaha...



Inilah kampung aku..
 
 

Hari pertama:

Perkara pertama yang aku tak pernah dan tak akan tinggal nak buat bila balik Lundu ni adalah makan mee kolok.. mee kolok Sarawak sgt TERBAEKKKKKK!!! hari pertama balik pon aku dah mencari mee ni..

Cara-cara masak Mee Kolok Sarawak..
Sumber: Tumis Tumis Resepi

Bahan-Bahan :
  • Mee Sanggul : : 3-4 Gulung
  • Perencah Sup : : 1 Sudu Besar
  • Daging Lembu : : 100gm
  • Air Secukupnya 
  • Garam Secukup Rasa
  • Bawang Putih : : 5 Ulas (dicincang) 
  • Cili Api : : 8 Biji
  • Serbuk Lada Hitam : : 1 Sudu Kecil
  • Minyak masak : : 4 Sudu Besar
  • Kicap Manis  : : 5 Sudu Kecil
  • Kicp Pekat : : 1 Sudu Kecil
  • Limau Kasturi : : 2 Biji (ambil jusnya) 
  • Daun Bawang & Daun Sup (dihiris) 
  • Sos Ikan / Sos Soya : : 1 Sudu Kecil
  • Cuka  : : 1 Sudu Kecil
Cara-Cara Memasak Sup :
  • Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis2. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan) 
Cara-Cara Memasak Mee
  • Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan. 
  • Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dlm kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan. 
  • Di dlm kuali yg sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan. 
Cara-Cara Memasak Sambal :
  • Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau tiada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula) 
Cara-Cara Menghidang :

Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yg tlh digoreng garing dan hiaskan dgn daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yg ditabur dgn daun sup sebagai kuahnya jika suka.


Disebabkan flight kami malam dan sampai kampung pun dah malam, jadi lepas dapat makan mee kolok ni secara default mata jadi mengantuk..balik rehat dan esok paginya barulah kami memulakan aktiviti meneroka bumi Lundu..

Hari Kedua:

Plan hari ni kami sekeluarga ziarah rumah ayah saudara aku, Uncle Saidi.. aktiviti kali cari umbut kelapa.. korang mesti pernah bersihkan serai untuk dimasak, betul tak? kulit luar serai kita akan kopek satu atau dua helai untuk ambil bahagian yang bersih kan? Sama jugalah dengan umbut kelapa.. untuk dapatkan umbut kelapa, Uncle Salam tebang pokok kelapa untuk dapatkan umbut.. seelok-eloknya pokok kelapa muda yang masih belum berbuah.. umbut kelapa ni berada di dalam pucuk pokok.. pelepah-pelepah kelapa perlu di kopek untuk dapatkan bahagian umbut ni..




lepas makan.. kami buat family photoshoot plak... hahaha.. happening giler mase ni... rindu plak nak balik sane..



hbs je "so called photoshoot" tu, aku ambil mase untuk diri sendiri.. ke pantai.. pantai Kg. Sempadi antara pantai yang boleh buat aku jiwang sorang-sorang.. pantai tu sendiri ada romantiknya..



Dah puas feeling jiwang kat pantai ni, baliklah kami ke rumah atok.. tak terkata cantik pemandangan kat sini.. Subhanallah.. Masha Allah.. sangat romantik permandangan kat sini..tenang betul...



Hari Ketiga:

Pagi-pagi buta lagi semua semangat bangun pagi bersiap-siap nak shopping kat Sarikei.. barang-barang macam tikar, kraf tangan, key-chain, semuanya murah-murah kat sana.. barang-barang dapur pun agak murah.. sampaikan masa kami dalam perjalanan ke sana jalan sesak teruk.. ramai betul orang nak membeli belah kat Sarikei... masa perjalanan dari Kuching ke Sarikei ambil masa hampir 5 jam.. kalau dari Lundu ambil masa hampir 6 jam.. tapi semangat shopping for ladies tu menebal, setakat 5-6 jam tu tak ada masalah laa..




Dah puas shopping Uncle Yet bawa kami ziarah saudara mara.. walaupun kami boleh ikut jalan highway yang cantik tp Uncle Yet tetap nak bawa kami merasa naik feri.. Kami naik feri di Kampung Seketi...





Bukan main lagi Mr.Teddy menikmati pemandangan Sg. Kampung Seketi ni...

Sampai di Kuching, kami hanya jalan-jalan cuci mata sekitar Kuching Waterfront... disebabkan aku ni giler snap gambar, maka Mama & Ayah terpaksa jadi model Kuching Waterfront...


Sebenarnya seminggu kami balik ke kampung.. tapi banyak aktiviti yang tak dapat nak diceritakan semua dalam ni.. jadual aktiviti kat kampung memang terlalu padat.. ada gak aktiviti aku ikut atuk saudara aku Tok Tali pergi memukat di Sg. Lundu.. tapi atas sebab-sebab tertentu dan kebanyakan gambar-gambar aku tak sesuai untuk dikongsikan... maka dengan ini aku terus jump cerita hari terakhir kami di sana..

 

Hari terakhir:

hari terakhir kami habiskan masa jalan-jalan sekitar Kuching.. sebelum balik, kami singgah di DBKU Cat Museum... 

tak cukup korum plak nak penuhkan muka kucing-kucing tu... huhuhu

 Welcome to Cat Museum


aku akan ceritakan kemudian apa yang ada dalam Cat Museum ni.. banyak info-info menarik tentang kucing dan jenis-jenis baka kucing yang ada.. nak cerita semua dalam ni nanti aku takut korang muntah darah plak nak baca semua..

Time to fly back to Kuala Lumpur...
  

 
  Find your own Kirameki,
Violet Rose.

Wednesday, February 5, 2014

Mix Blood Family..

Aku bersyukur aku dilahirkan berdarah campuran.. Hidup dalam masyarakat majmuk sangat memerlukan kesefahaman budaya dan beragama.. Aku berdarah campuran Melayu dan Iban. Aku bangga dengan rakyat Malaysia.. boleh hidup aman damai.. berkongsi udara yang sama di bumi Malaysia.. Walau teruk macam mana sekalipun desas-desus dan khabar angin tentang perpecahan kaum, kita masih bernaung di bawah satu nama - Malaysia..

Please look at the picture with your open heart.. I am from mix-blood family.. kami masih lagi saling berkongsi darah yang sama walaupun agama kami berbeza.. This picture is the proof of why other countries are jealous with what we share together - understanding..





LOVE + UNDERSTAND EACH OTHERS = PEACE

Find Your Own Kirameki,
Violet Rose

Aku yang itu itu.. sama seperti mereka...

Disaat aku dah menjangkau usia lewat 20-an barulah aku berjinak-jinak menjadi seperti mereka.. bangsa-bangsa yang cintakan tulisan.. hobi menulis yang selama ni diconteng-conteng atas helaian-helaian kertas, cuba aku nukilkan dalam blog.

Blog....

Aku tahu lama dulu cuma aku tak berapa minat untuk menulis dalam blog.. Bagi aku menyusahkan....ketika itu.. Menyusahkan untuk menulis.. aku lebih selesa untuk menulis di atas kertas.. Capai je pen, menari-narilah jari-jemari aku dengan pelbagai jenis tarian mencoret nukilan-nukilan hati.. Senang.. Cepat.. Mudah.. Blog hanya boleh ditulis bila ada line internet atau wifi disekitar.. Leceh..

Tapi bila aku tengok kawan-kawan yang ada blog macam Cik Dyll Deewana atau En. Sulaiman Akhlaken @ Park Lee Man.. memuat naik gambar-gambar yang mana boleh buat jurugambar-jurugambar profesional bertongkat dagu dan kadang kala berkongsi info-info yg boleh buat aku rasa "ooooo camni rupenye", membuatkan aku tergoda nak berkecimpung dalam dunia blogger..

Disaat ini.. dikala ni 05/02/2014 pada jam 9.16pm, jari-jari aku tak memegang pen tapi menari-nari atas landasan baru.. menari-nari atas keyboard.. laju aku menaip kata-kata yang terbit dalam kepala.. masih bertatih untuk jadi blogger yang berguna kepada komuniti.. dah tiba masa untuk aku berkongsi apa yang perlu dikongsi dengan masyarakat.. bukan lagi penulis yang bersendiri..


Find your own Kirameki,
Violet Rose.