apa itu puisi?
Banyak daripada
puisi Melayu tergolong dalam genre tradisional yang muncul dalam zaman sebelum berkembangnya tradisi tulisan pencetakan. Puisi dalam
Bahasa Melayu
larut dalam jiwa masyarakat Melayu tidak hanya sebagai satu hasil
kesenian, tetapi juga mengjangkau alam mistik, berperanan sebagai wadah
pemeliharaan
adat, pembinaan sahsiah, pengajaran
agama, pengajaran
ilmu pengasih, pertahanan,
hiburan, dan kepercayaan.
Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar
sejarah
mula perkembangan puisi Melayu tradisional. Berdasarkan kajian oleh
ramai sarjana, dapat dikatakan perkembangan puisi Melayu tradisional
telah bermula secara bersama dan sezaman dengan perkembangan
prosa Melayu tradisional. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran banyak genre puisi tradisional dalam karya
hikayat dan
cerita-cerita rakyat.
ok... itu aku petik dari
Puisi Melayu - Wikipedia. Minat aku berpuisi lebih kpd syok sendiri bak kate generasi Y sekarang ni.. untuk menyedapkan kata dan hati sendiri boleh dikatakan puisi yang aku suka karangkan adalah puisi kontemporari... (bukan main lagi nak guna perkataan kontemporari tu.. hahaha)
puisi aku puisi mudah... generasi Y sekarang pon boleh faham kata perlian aku... sangatlah tidak layak untuk dibandingkan dengan puisi-puisi karangan
Fynn Jamal jauh sekali lagenda kita A.Samad Said...
makna perkataan, makna ayat dan seni yang cuba aku tulis tak terikat pada hukum-hukum bahasa melayu.. bahasa melayu ada hukum ke? deyyy nak masuk tandas awam pon ade hukum (peraturan) la...
Cuma aku tak dapat la nak terangkan satu persatu hukum bahasa melayu.. bagaimana tatabahasanya, liuk lentok seninya.. cuma aku boleh kongsi disini sebahagian daripada contoh
Pedoman Bahasa... Pedoman... Nampak tak bahawa Bahasa Melayu tu sememangnya indah? Kita boleh gunakan PEDOMAN untuk gantikan PANDUAN yang sering kita gunakan... Kalau anda semua jenis mata tajam macam helang anda akan nampak ayat-ayat aku sendiri ada kesalahan... contoh paling mudah setiap hujung ayat aku letakkan tiga titik... hahaha... habit "chating"...
Find Your Own Kirameki,
Violet Rose.