Wednesday, July 9, 2014

Puisi... Apa itu Puisi?

apa itu puisi?

Banyak daripada puisi Melayu tergolong dalam genre tradisional yang muncul dalam zaman sebelum berkembangnya tradisi tulisan pencetakan. Puisi dalam Bahasa Melayu larut dalam jiwa masyarakat Melayu tidak hanya sebagai satu hasil kesenian, tetapi juga mengjangkau alam mistik, berperanan sebagai wadah pemeliharaan adat, pembinaan sahsiah, pengajaran agama, pengajaran ilmu pengasih, pertahanan, hiburan, dan kepercayaan.

Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar sejarah mula perkembangan puisi Melayu tradisional. Berdasarkan kajian oleh ramai sarjana, dapat dikatakan perkembangan puisi Melayu tradisional telah bermula secara bersama dan sezaman dengan perkembangan prosa Melayu tradisional. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran banyak genre puisi tradisional dalam karya hikayat dan cerita-cerita rakyat.

ok... itu aku petik dari Puisi Melayu - Wikipedia. Minat aku berpuisi lebih kpd syok sendiri bak kate generasi Y sekarang ni.. untuk menyedapkan kata dan hati sendiri boleh dikatakan puisi yang aku suka karangkan adalah puisi kontemporari... (bukan main lagi nak guna perkataan kontemporari tu.. hahaha)
puisi aku puisi mudah... generasi Y sekarang pon boleh faham kata perlian aku... sangatlah tidak layak untuk dibandingkan dengan puisi-puisi karangan Fynn Jamal jauh sekali lagenda kita A.Samad Said...

makna perkataan, makna ayat dan seni yang cuba aku tulis tak terikat pada hukum-hukum bahasa melayu.. bahasa melayu ada hukum ke? deyyy nak masuk tandas awam pon ade hukum (peraturan) la...

Cuma aku tak dapat la nak terangkan satu persatu hukum bahasa melayu.. bagaimana tatabahasanya, liuk lentok seninya.. cuma aku boleh kongsi disini sebahagian daripada contoh Pedoman Bahasa... Pedoman... Nampak tak bahawa Bahasa Melayu tu sememangnya indah? Kita boleh gunakan PEDOMAN untuk gantikan PANDUAN yang sering kita gunakan... Kalau anda semua jenis mata tajam macam helang anda akan nampak ayat-ayat aku sendiri ada kesalahan... contoh paling mudah setiap hujung ayat aku letakkan tiga titik... hahaha... habit "chating"...

http://www.dbp.gov.my/

Find Your Own Kirameki,
Violet Rose.

No comments:

Post a Comment