Wednesday, February 12, 2014

Lovely Lundu Hometown (throwback 01/06/2011)

Hampir tiga tahun aku tak balik sana.. Kali terakhir aku nikik bilon (naik kapal terbang) nak pulai (pulang/balik) ke kampung Lundu, Sarawak masa sambut Perayaan Gawai tahun 2011. Aku ni name je ade mix blood Iban tapi cakap Iban sepatah dua pun terkial-kial.. Walaupun dah selalu travel ke sana ke mari naik flight tapi rase excited tu tak pernah hilang.. Every time I'm at the airport, by default I will be like a kid.. word 'excited' will be shown all over my face..

Ramai yang tak tahu kewujudan daerah Lundu di Sarawak.. Penerbangan dari Kuala Lumpur (KLIA/LCCT) ke Kuching mengambil masa cuma 1 jam 30 minit..
Manakala masa perjalanan dari bandar Kuching ke Lundu cuma 1 jam 15 minit...
Dalam peta Sarawak, daerah Lundu letaknya di kawasan selatan.. kalau bahasa orang-orang tua 'kat ekor peta'...


Turun je dr kapal terbang, benda pertama aku buat snap gambar ayah.. hahaha...



Inilah kampung aku..
 
 

Hari pertama:

Perkara pertama yang aku tak pernah dan tak akan tinggal nak buat bila balik Lundu ni adalah makan mee kolok.. mee kolok Sarawak sgt TERBAEKKKKKK!!! hari pertama balik pon aku dah mencari mee ni..

Cara-cara masak Mee Kolok Sarawak..
Sumber: Tumis Tumis Resepi

Bahan-Bahan :
  • Mee Sanggul : : 3-4 Gulung
  • Perencah Sup : : 1 Sudu Besar
  • Daging Lembu : : 100gm
  • Air Secukupnya 
  • Garam Secukup Rasa
  • Bawang Putih : : 5 Ulas (dicincang) 
  • Cili Api : : 8 Biji
  • Serbuk Lada Hitam : : 1 Sudu Kecil
  • Minyak masak : : 4 Sudu Besar
  • Kicap Manis  : : 5 Sudu Kecil
  • Kicp Pekat : : 1 Sudu Kecil
  • Limau Kasturi : : 2 Biji (ambil jusnya) 
  • Daun Bawang & Daun Sup (dihiris) 
  • Sos Ikan / Sos Soya : : 1 Sudu Kecil
  • Cuka  : : 1 Sudu Kecil
Cara-Cara Memasak Sup :
  • Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis2. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan) 
Cara-Cara Memasak Mee
  • Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan. 
  • Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dlm kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan. 
  • Di dlm kuali yg sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan. 
Cara-Cara Memasak Sambal :
  • Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau tiada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula) 
Cara-Cara Menghidang :

Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yg tlh digoreng garing dan hiaskan dgn daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yg ditabur dgn daun sup sebagai kuahnya jika suka.


Disebabkan flight kami malam dan sampai kampung pun dah malam, jadi lepas dapat makan mee kolok ni secara default mata jadi mengantuk..balik rehat dan esok paginya barulah kami memulakan aktiviti meneroka bumi Lundu..

Hari Kedua:

Plan hari ni kami sekeluarga ziarah rumah ayah saudara aku, Uncle Saidi.. aktiviti kali cari umbut kelapa.. korang mesti pernah bersihkan serai untuk dimasak, betul tak? kulit luar serai kita akan kopek satu atau dua helai untuk ambil bahagian yang bersih kan? Sama jugalah dengan umbut kelapa.. untuk dapatkan umbut kelapa, Uncle Salam tebang pokok kelapa untuk dapatkan umbut.. seelok-eloknya pokok kelapa muda yang masih belum berbuah.. umbut kelapa ni berada di dalam pucuk pokok.. pelepah-pelepah kelapa perlu di kopek untuk dapatkan bahagian umbut ni..




lepas makan.. kami buat family photoshoot plak... hahaha.. happening giler mase ni... rindu plak nak balik sane..



hbs je "so called photoshoot" tu, aku ambil mase untuk diri sendiri.. ke pantai.. pantai Kg. Sempadi antara pantai yang boleh buat aku jiwang sorang-sorang.. pantai tu sendiri ada romantiknya..



Dah puas feeling jiwang kat pantai ni, baliklah kami ke rumah atok.. tak terkata cantik pemandangan kat sini.. Subhanallah.. Masha Allah.. sangat romantik permandangan kat sini..tenang betul...



Hari Ketiga:

Pagi-pagi buta lagi semua semangat bangun pagi bersiap-siap nak shopping kat Sarikei.. barang-barang macam tikar, kraf tangan, key-chain, semuanya murah-murah kat sana.. barang-barang dapur pun agak murah.. sampaikan masa kami dalam perjalanan ke sana jalan sesak teruk.. ramai betul orang nak membeli belah kat Sarikei... masa perjalanan dari Kuching ke Sarikei ambil masa hampir 5 jam.. kalau dari Lundu ambil masa hampir 6 jam.. tapi semangat shopping for ladies tu menebal, setakat 5-6 jam tu tak ada masalah laa..




Dah puas shopping Uncle Yet bawa kami ziarah saudara mara.. walaupun kami boleh ikut jalan highway yang cantik tp Uncle Yet tetap nak bawa kami merasa naik feri.. Kami naik feri di Kampung Seketi...





Bukan main lagi Mr.Teddy menikmati pemandangan Sg. Kampung Seketi ni...

Sampai di Kuching, kami hanya jalan-jalan cuci mata sekitar Kuching Waterfront... disebabkan aku ni giler snap gambar, maka Mama & Ayah terpaksa jadi model Kuching Waterfront...


Sebenarnya seminggu kami balik ke kampung.. tapi banyak aktiviti yang tak dapat nak diceritakan semua dalam ni.. jadual aktiviti kat kampung memang terlalu padat.. ada gak aktiviti aku ikut atuk saudara aku Tok Tali pergi memukat di Sg. Lundu.. tapi atas sebab-sebab tertentu dan kebanyakan gambar-gambar aku tak sesuai untuk dikongsikan... maka dengan ini aku terus jump cerita hari terakhir kami di sana..

 

Hari terakhir:

hari terakhir kami habiskan masa jalan-jalan sekitar Kuching.. sebelum balik, kami singgah di DBKU Cat Museum... 

tak cukup korum plak nak penuhkan muka kucing-kucing tu... huhuhu

 Welcome to Cat Museum


aku akan ceritakan kemudian apa yang ada dalam Cat Museum ni.. banyak info-info menarik tentang kucing dan jenis-jenis baka kucing yang ada.. nak cerita semua dalam ni nanti aku takut korang muntah darah plak nak baca semua..

Time to fly back to Kuala Lumpur...
  

 
  Find your own Kirameki,
Violet Rose.

2 comments:

  1. babe... bila nak bawak ak datang sini... macam best je

    ReplyDelete
  2. ade rezki lebih, sampai la kita kat sana.. tp klu yang suka ngn life org kampung akan rase best la.. adventurous..

    ReplyDelete