Wednesday, July 9, 2014

Cintaku


Dia merangkul lembut...
Perit luka berbalut..
Dia memeluk erat...
Sakit kan terubat...
Setiap belaian hilang sejuta lelah...
Jerih tak ternampakkan..
Senyum terlihatkan...
Senjata doanya melindungi..
Anak yang alpa dengan duniawi...

Aku lupa pada cintanya...
Aku lupa pada sayangnya...
Aku tiada apa tanpa mereka...
Aku mengejar sesuatu yang tak pasti...
kerana ada mereka sentiasa menanti...

Sayang tak diperlukan...
selagi sayang mereka ada...
Cinta tak terhauskan...
selagi cinta mereka ada...

Belati dirodok kejam ke leher...
Caci fitnah bertaburan melata...
Gentar tiada berdepan sejuta tentera...
Takut ditepis berdepan bala..

Kerana ada mereka berdua...
Kerana ada mereka berdua...
Kerana ada mereka berdua...
Dan ada yg Maha Esa dibelakang mereka...
Find Your Own Kirameki,
Violet Rose.

No comments:

Post a Comment