Wednesday, February 5, 2014

Aku yang itu itu.. sama seperti mereka...

Disaat aku dah menjangkau usia lewat 20-an barulah aku berjinak-jinak menjadi seperti mereka.. bangsa-bangsa yang cintakan tulisan.. hobi menulis yang selama ni diconteng-conteng atas helaian-helaian kertas, cuba aku nukilkan dalam blog.

Blog....

Aku tahu lama dulu cuma aku tak berapa minat untuk menulis dalam blog.. Bagi aku menyusahkan....ketika itu.. Menyusahkan untuk menulis.. aku lebih selesa untuk menulis di atas kertas.. Capai je pen, menari-narilah jari-jemari aku dengan pelbagai jenis tarian mencoret nukilan-nukilan hati.. Senang.. Cepat.. Mudah.. Blog hanya boleh ditulis bila ada line internet atau wifi disekitar.. Leceh..

Tapi bila aku tengok kawan-kawan yang ada blog macam Cik Dyll Deewana atau En. Sulaiman Akhlaken @ Park Lee Man.. memuat naik gambar-gambar yang mana boleh buat jurugambar-jurugambar profesional bertongkat dagu dan kadang kala berkongsi info-info yg boleh buat aku rasa "ooooo camni rupenye", membuatkan aku tergoda nak berkecimpung dalam dunia blogger..

Disaat ini.. dikala ni 05/02/2014 pada jam 9.16pm, jari-jari aku tak memegang pen tapi menari-nari atas landasan baru.. menari-nari atas keyboard.. laju aku menaip kata-kata yang terbit dalam kepala.. masih bertatih untuk jadi blogger yang berguna kepada komuniti.. dah tiba masa untuk aku berkongsi apa yang perlu dikongsi dengan masyarakat.. bukan lagi penulis yang bersendiri..


Find your own Kirameki,
Violet Rose.

No comments:

Post a Comment